Karya Kami di Xinmin
Saya Sebuah Basikal | Saksi | Kenangan Manis di Raudhah
Menolong Seorang Tua | Saya seekor rama-rama

 

 

Pelajar-pelajar yang budiman,

Marilah kita sama membaca karya-karya teman pelajar di ruang siber ini. Bagi pelajar yang berminat untuk menayangkan karya-karya hasil dari titik peluh sendiri, sila berikan salinan karya anda kepada guru yang mengajar.

Selamat Membaca!

 

Saya sebuah basikal [ ke atas ]

    Aku sebuah basikal yang tidak berguna lagi. Aku sekarang berada di sebuah bengkel pelupusan bersama beberapa basikal lain yang senasib denganku. Beginilah kisah riwayatku sebagai sebuah basikal.

    Aku sebuah basikal berjenama 'BMX'. Aku dilahirkan di Singapura. Aku berwarna hijau dan beroda keemasan. Aku berasa gembira dapat dilahirkan untuk dibeli pelanggan-pelanggan di sini. Aku kemudian dihantar ke sebuah kedai. Di bilik berkaca itu, aku dipamerkan dengan harga satu ratus lima puluh dolar. Sudah beberapa hari aku di kedai itu sehinggalah seorang pemuda yang segak dan kelihatan begitu kaya datang membeliku. Aku sungguh gembira pada hari itu.

    Keesokan harinya, majikan aku menunggangku ke sebuah taman berdekatan rumah banglonya. Setiap hari aku dibawa bersiar-siar ke suatu tempat yang menarik. Selepas menungguku selama seminggu, dia mengelap tayar dan seluruh badanku bagai menatang minyak yang penuh. Aku dijaga dengan baik sekali. Aku rasa dia seorang yang penyayang dan mengambil berat tentangku.

    Pada suatu pagi, majikanku membawa aku ke tepi pantai. Dia pergi ke sana dengan teman wanitanya. Dia meninggalkanku ke suatu tempat dan bermandi-manda bersama teman wanitanya. Sedang aku menyedut udara yang nyaman itu, sekumpulan pengganas datang menghampiriku. Kereka dalam lingkungan belasan tahun. Aku mula berasa curiga.


   Dalam sekelip mata, salah seorang daripada mereka mengeluarkan pisau dan mula mengikis kulitku. Aduhh!! Tidak ku tahan kesakitanku itu. Dia mula menghunuskan pisau itu ke tayarku. Mereka mengangkatku dan membuangku ke suatu tempat yang sunyi. Badanku dipacah dua. Maka habislah riwayatku sebagai sebuah basikal yang tidak berguna lagi.


     Naqiah Sumri
     P5B/2001

 

 

Saksi [ ke atas ]


    "Ringggg!!" Loceng sekolah berbunyi. Murid-murid darjah lima bergegas keluar dari kelas mereka. Seperti biasa, Ali berjalan pulang melalui jalan raya lengang menuju ke rumahnya. Sedang Ali berjalan pulang, dia terdengar bunyi motosikal dari belakang. Dia tidak menghiraukannya dan meneruskan perjalanan.

    Tiba-tiba, sebuah kereta melanggar motosikal tersebut. Penunggang motosikal itu memekik dengan sekuat hati. Motosikal itu remuk dan terus jatuh mencium bumi. Pemandu kereta itu melarikan diri. Bunyi dentuman yang kuat itu menyebabkan kepala mangsa itu cedera. Darah dari kepalanya mula mengalir ke atas permukaan jalan raya itu. Ali sungguh terperanjat. Dia seorang sahaja saksi kemalangan itu.

    Ali menjadi serba salah. Dia berbelah bagi hendak melaporkan kejadian itu kepada polis atau melupakan kejadian itu. Dia berasa kasihan dan tidak sampai hati melihat keadaan mangsa itu. Namun, dengan rela hati, dia menghulurkan bantuan. Ali terus menuju ke sebuah pondok telefon di stesen bas berdekatan. Ali terus menekan butang dan membuat panggilan polis. " Hello, polis..."

    Tidak lama kemudian, polis dan ambulans tiba. Mereka mengeluarkan pengusung dan membaringkan mangsa itu di atasnya. Dua orang pegawai polis mula bertanya Ali tentang kereta yang melanggar motosikal dan mangsa itu. Setelah mendapat keterangan yang mencukupi, mereka mengucapkan terima kasih di atas kerjasama Ali. Ali pun beredar pulang. Dia merasakan peranannya sebagai seorang saksi begitu dihargai.


   

Naqiah Sumri
    P5B/2001

 

 

Kenangan Manis di Raudhah[ ke atas ]


    Pada cuti yang lalu, saya dan keluarga pergi ke lapangan terbang Changi untuk menaiki kapal terbang. Kami menaiki kapal terbang ke Saudi Arabia. Saya ke sana pada dua puluh empat haribulan Mei. Kami berada di dalam kapal terbang selama sembilan jam.
    Pada keesokan harinya, kami tiba di Jeddah. Selepas itu, kami dan jemaah-jemaah yang lain menaiki bas. Apabila tiba di Madinah, kami membaca doa. Sampai di sana, kami mengangkat beg kami. Saya terpaksa mengangkat beg saya sendiri.
    Kami menginap di hotel Al-Nakheel. Apabila setiap jemaah mendapat kunci, mereka masuk ke bilik hotel untuk membersihkan diri. Selepas makan tengahari, kami ke Masjidil Nabawi untuk menunaikan solat Tahyatul. Kemudian kami ke Taman Raudhah. Kami membaca surah Yassin untuk Nabi Muhammad S.A.W.
    Tiga hari kemudian, kami tiba ke Mekah.Sampai sahaja di Mekah, kami bersembahyang Tahyatul di Masjidil Haram dan mengerjakan Tawaf. Selepas bertawaf kami mulakan Sai. Setelah berada di sana selama sebelas hari, saya pun mengucapkan selamat tinggal kepada bukit Marwah dan bukit Safar. Saya tidak dapat melupakan kenangan manis semasa diberi peluang untuk mencium Hajar Aswad.


   

Siti Hajjar Nasuha
    P3G/2001

 

 

Menolong Seorang Tua [ ke atas ]


    Pada hari Sabtu yang lalu, saya mengikut ibu ke pasar di Geylang Serai. Ibu saya pergi ke pasar kerana kami akan mengadakan majlis kenduri Hari Lahir saya malam itu.
    Kami hampir sampai di kedai menjual daging kambing dan lembu apabila tiba-tiba, ibu saya terdengar seorang perempuan tua menjerit meminta tolong. Perempuan tua itu terjatuh di dalam sebuah longkang yang besar.
    Ibu dan saya menolong perempuan tua itu. Kami berasa kasihan terhadapnya. Seorang budak lelaki yang berada berhampiran dengan tempat itu ternampak kejadian itu lalu menelefon ambulans. Kaki perempuan tua itu cedera. Dia menangis kesakitan kerana ia sungguh sakit. Dua puluh minit kemudian, sbuah ambulans pun tiba.Perempuan tua itu dibawa ke hospital untuk dirawat. Selepas tiga hari, dia sudah boleh berjalan. Dia berterima kasih kepada ibu dan saya kerana telah menolongnya.
   

Nor Umairah

    P3H/2001

 

 

Saya Seekor Rama-rama[ ke atas ]


    Saya seekor rama-rama yang tinggal di sebuah taman bunga yang indah dan bersih. Saya serupa dengan kawan-kawan saya. Saya dan kawan-kawaan saya berwarna-warni. Ramai manusia yang sukakan kami. Kami suka tempat yang bersih. Saya ada ramai kawan yang sangat baik.
    Saya suka makanan yang enak dan bersih. Saya dan kawan-kawan saya akan menghampiri manusia yang akan memberi kami penuh kasih sayang. Pada suatu hari yang sangat indah, saya dan kawan-kawan saya sedang bermain-main di hutan yang tidak didiami orang. Sedang kami bermain-main di situ, ada seorang lelaki tua membawa jaring. Kami semua berada dalam ketakutan tetapi kami bergerak dari situ. Saya rasa lelaki tua itu adalah penjaga hutan itu. Apabila lelaki tua itu menghampiri saya dan kawan-kawan saya, beliau terus menangkap kami dengan jaringnya. Dia terus meletakkan kami di sebuah sarang yang amat besar. Beliau membawa kami masuk ke rumahnya dan meletakkan kami di meja yang amat besar.
    Beberapa minit kemudian, lelaki tua itu pun sampai dan mengambil kami. Apabila dia sampai di biliknya, saya dan kawan-kawan saya terperanjat kerana banyak rama-rama yang berada di situ. Kami sangka lelaki tua itu seorang penjahat tetapi rupa-rupanya beliau sangat baik. Dia membebaskan kami dan memberi kami makanan yang baik


   

Munjiyah
    P6E/2002

 

[ ke atas ]

>